Ahad, 6 September 2015

ALAT-ALAT MUZIK INDIA

DHOLAK

NAMA:
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:
Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel ditutupi dengan kulit kambing yang ditala kepada pic yang lebih tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaiatu muka bes dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian dalam kulit mukanya.Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari campuran tar,tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali.

FUNGSI:
Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.


MANJIRA

NAMA:
Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.

DIPERBUAT:
Ia diperbuat daripada logam gangsa.

FUNGSI:
Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan memainkan irama.Ia merupakan komponan yang penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.


 SITAR

NAMA:
Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia merupakan sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh tali logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang.

DIPERBUAT:
Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi sebagai kotak bunyi.Satu set tali-tali halus yang ditala kepada mod raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi menambahkan bunyi gema alat tersebut.

FUNGSI:
Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik Hindustan.


 TABLA

NAMA:
Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon.

DIPERBUAT:
Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan kayu.Manakala Baya pula adalah gendang bes yang diletakkan di bahagian kiri pemain.Muka kedua-dua Gendang ini ditutupi dengan kulit kambing.

FUNGSI:
 Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik dan Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi muzik muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut.

 

TAMBURA

NAMA:
Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon.

DIPERBUAT:
Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada
kayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang yang dipanggil sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam.

FUNGSI:
Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.

ALAT-ALAT MUZIK MEALAYU




KOMPANG

kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

REBANA

rebana ubi
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

 SAPE



Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga Jute yang beleher pendek dan talinya dipetik. Diperbuat daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu meranti. badannya yang panjang ditebuk berperanan sebagai ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Ianya dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian. Sape terkenal dikalngan suku kaum Kayan dan Kenyah.

CANANG

canang
Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’. Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa.

GEDOMBAK

Gedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yang dipengan dengan kulit. Dalammkonteks persembahan ianya disertakan secara berpasangan iaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam persembahan wayang kulit dan menora di kelantan.

GAMBUS

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.